babah outstation lgik..

kali ni ke Taiwan.. untuk famili man mcm aku 14-19 hb aku rasakan sudah cukup lama untuk tidak bersama keluarga di rumah.. tapi apakan daya.. sudah tanggungjawab.. demi keluarga jugak.. harap2 FB tak di block di Taiwan sepertimana di Vietnam yang lalu.. boleh jugaklah berhubung2ngan ngn sayang dan shasha.. sebelum pegi nnti aku harap xlupa lah untuk tolong mendonlotkan Skype kt laptop sayang.. lagik syok klau dapat borak2 kt Skype.. ada kira2 kurang 2 minggu lgik.. aku dah mula rase sasau.. rindu maaaaa.. kat sayang.. kt shasha.. fuhhhh.. tp xpe aku dah pernah berjaya hadapi masa ke Vietnam yg lalu.. nikmat die paling best masa tgok sayang ngn shasha kat KLIA masa balik tuh.. moment tuh mmg sgt manis.. inilah die perasaan seorg famili man.. aku dapat rasekan tuh.. apa2 sahaja yang keluar yang masuk dan yang segalanya keutamaan aku yang paling utama ialah... KELUARGA.. maksudnya anak dan isteri.. mak abah.. mertua.. adik beradik.. ipar duai... itulah keutamaan aku yg paling utama.. diriku sendiri ku tempatkan di belakang keutamaan aku tadi.. gembira isteriku.. maka gembiralah aku.. suka isteriku maka sukalah aku.. tertawa shasha comelku maka tertawalah aku... moga Allah memanjangkan usia dan memberikan aku kesempatan untuk menabur bakti buat semua ahli keluargaku.. insyaAllah...
Agak lama jugak aku xmenulis ( menaip ) dalam blog nih... oik gak la.. ada kesempatan aku tulis.. nasib baik mommy shasha tuh rajin.. sayangku tuh memang sntiasa hapdet blog die.. so mana2 cerita yang lupa untuk aku masukkan kt sini aku boleh baca kt blog sayangku tuh.. xpe lah.. yang pnting mereka bahagia.. kerana kebahagiaan mereka adalah kunci kebahagiaan aku... Ya Allah.. lindungi kami.. kasihi kami.. dan limpahkan keberkatanmu ke dalam liku2 hidup kami..

WASSALAM...

pemimpin...

sebaik-baik pemimpin ialah pemimpin yang mengambil tahu nasib rakyat yang disebelahnya tanpa melupakan nasib rakyat yang tak ternampak oleh matanya..

catatan biasa-biasa jerrrr..

betapa peliknya kehidupan ini.. kadangkala tak tergambar dek mata.. segalanya juga kadangkala tak terduga.. seringkali tertanya-tanya.. kenapa ia terjadi begini dan tidak pula begitu.. ada juga yang melatah itu dan ini.. sehinggakan ada yang bertindak tanpa berlandaskan hukum hakam iman dan takwa.. bercakap ( atau menulis ) memang mudah.. tetapi ia lebih mulia dari yang bercakap ( atau menulis ) pun ia tak mampu.. cita-cita menggambarkan hala tuju.. usaha pula memberitahu kita samada mampu atau tidak untuk kita gapai cita-cita.. untuk kita sampai atau tidak ke destinasi.. sebagaimana jalanraya.. begitu jualah kehidupan.. kadangkala lurus.. membelok ke kiri dan ke kanan.. berhenti sebentar di persimpangan.. suatu ketika perlu pula mengundur ke belakang.. sudah pasti juga singgah di R&R untuk menghela nafas dan duduk untuk merancang perjalanan seterusnya..

di mana pulak letak yang peliknya? pada aku.. pelik ada di merata-rata tempat.. jikalau tidak masakan kita sentiasa bertanya.. bila pula masanya kita bertanya??? mungkin kita tidak bertanya.. tapi mengapa pula jawapan ada di merata-rata.. bukankah semua jawapan itu berasal dari pertanyaan??? PAPAN TANDA!!!.. tidak akan berdirinya papan tanda di merata-rata tempat sekiranya tidak wujud pertanyaan.. wujudnya pertanyaan adalah berasal dari rasa ingin tahu.. rasa ingin tahu pula lahir dari kepelikan tentang sesuatu.. pelik kan??

dalam kehidupan ini jika ada yang perasan.. kita hanya perlukan 2 perkara.. yang pertama keperluan ( termasuk makan minum agama sahabat keluarga dll ) dan yang kedua ialah kehendak ( iaitu kemewahan pangkat kemashyuran dll )... selebihnya kita 'menunggu'.. mahu atau tidak setiap masa kita perlu menunggu.. ada yang perlu tunggu lama dan ada juga yang perlu tunggu sekejap.. tetapi macamanapun kita tetap perlu menunggu..

setakat nih jek la yang aku nak tulis.. sejuk benar sekarang ni.. tiap-tiap hari pun hujan.. sampai sayang aku buntu mcmana nak keringkan baju.. hehehe.. matahari tak muncul-muncul katanya.. cadangan aku seterika jek semua baju yang basah tuh.. gelak die.. puteri comey kesayangan kami semakin lama semakin comey.. telatahnya cukup menghiburkan hati.. cuma kadangakala menurut sayang, aku terlalu manjakan die.. tak mengapalah.. memang die berhak ke atas kemanjaan itu.. cuma aku harap supaya Allah berikan aku kekuatan dan kemampuan untuk mendidiknya..

curahan perasaan aku kepada KETUA2 PEMUDA cawangan yang kini berada di KL untuk bersidang..

kesal dengan segelintir perwakilan (kebanyakannya PEMUDA) yang hadir bermotifkan 'enjoy the moment, bukannya selalu'.. masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. siang dengar amanat.. malam pula mengunjungi disco.. mabuk.. peluk GRO.. lupa anak bini.. tak ingat kampung halaman.. jadi lahanat.. taubat la bro.. jgn leka.. kita takkan selalunya di atas.. kalau jatuh perlahan2 takpe.. buatnyer tersungkur.. tak semua.. tapi yang segelintir nih lah menjadi punca pd segalanya.. ingat yer bro.. kita semua pemegang amanah.. amanat yang diterima adalah untuk disampaikan bila pulang nanti.. gunakanlah pangkat dan kuasa yang diberi untuk membela nasib mereka yang tak terbela bukannya sebagai password untuk memuaskan nafsu serakah diri sendiri.. ingatlah susah payah perit getir org2 terdahulu untuk mndapatkan keharmonian yang kita kecapi kini.. kita dilahirkan dan dibelai penuh manja.. sampai kini pun kita masih manja.. jika tidak masakan kita lupa.. jika ada yang masih ingat.. tepuklah bahu mereka yang lupa.. supaya mereka ingat kembali apa yang ada kini bukanlah sesuatu yang abadi.. bila2 masa pun ia boleh melayang.. jangan lah sampai perlu mengemis di tanah air sendiri.. jika suatu hari Melayu hanya tinggal nama.. tangis air mata darah sekalipun sudah tidak memberi apa2 makna.. maafkan aku.. bukan mndabik dada menunjuk perkasa.. sekadar ingat mengingati kepada yang lupa.. wallahualam..

kesetiaan..

bicara tentang setia dan kesetiaan biasanya ia merujuk kepada hubungan antara 2 insan atau sepasang kekasih atau seorg anak kepada ibu bapanya atau isteri kepada suaminya atau bermacam2 lagi.. cuma kali ini aku cuba untuk menghuraikan aspek kesetiaan antara seorang pekerja dengan majikan atau syarikat tempat ia bekerja. kebelakangn ni banyak aku dengar pekerja yang berhenti kerja. banyak corak dan patennya. ada yang diberhentikan.. ada juga yang sengaja berhenti kerja. yang diberhentikan pula wujud dalam beberapa sebab dan alasan. ada diantaranya diberhentikan atas sebab2 kegagalan dalam mematuhi etika bekerja dan ada pula yang diberhentikan atas sebab ketidakupayaan syarikat untuk meneruskan operasinya. ia adalah fenomena biasa yang sedang melanda seantero dunia di kala ini dimana seseorang itu terpaksa diberhentikan.
berbalik kepada istilah kesetiaan yang ingin dibincangkan. merujuk kepada tempat aku bekerja. suatu ketika kira2 5-10 tahun yang lalu syarikat tempat aku bekerja skarang adalah merupakan syarikat yang boleh dikatakan gagah perkasa. kemewahan dapat dikecapi di semua peringkat. pihak pengurusan ( bos bos ) mewah dengan kepelbagaian elaun.. manakala di peringkat bawahan atau operator biasa tersenyum lebar setiap hujung bulan apabila slip gaji diwarnai dengan pembayaran amaun kerja lebih masa. setiap tahun tangga gaji basic pasti berganjak naik. tiada risau untuk renew road tax setiap tahun kerana paling kurang pun bonus 2 bulan gaji gerenti dibayar. jamuan berbuka puasa.. jamuan hari raya.. 'family day'.. menggamit kenangan yang xdapat dilupakan.. hubungan antara semua erat bagaikan famili. di kala itu tak tergambar peritnya jika salah seorg dari kami semua tiada. tak kurang yang beranggapan di sini lah tempatku. rezeki ku di sini. aku akan bersama selamanya dengan syarikat ini. sumpah setiaku dengan syarikat ini. tiada seorg pun rasa diri terabai. kerja hingga 15 jam sehari pun xmengapa. demi syarikat yang tercinta. aku akan setia di sini.
TETAPI KINI..... seorg demi seorg pergi.. pergi meninggalkan untuk mendapatkan.. ada yang menggambarkan.. mereka tidak setia.. kesetiaan pada mereka tiada.. mereka bagai lupa daratan.. kacang lupakan kulit.. hahahaha.. bagi aku itu adalah anggapan org atas.. berhentinya seorg pekerja adalah merupakan suatu rahmat bagi mereka.. tiada lagi perlu untuk dibayar gaji.. jika masih di sini pun ia bagai menjerut leher sendiri.. gaji yang lewat usahlah dikira.. OT yang dipotong.. elaun yang dimansuhkan.. pembayaran petrol yang sewenang-wenangnya juga dipotong.. mahukan kami bekerja.. tetapi kenapa kami tidak dibayar.. sebab itulah mereka pergi.. wahai majikan.. setelah puas kau perah kami hinggakan menjalar 3 4 bijik kereta mewah di garajmu sedang kami masih dengan iswara buruk.. wira second hand dan motor kriss yang tayarnya botak.. wahai majikan.. bila kami pergi.. kau kata kami tidak setia.. aku sedih bile melihat abg2 dan kakak2 yang super duper senior pergi meninggalkan syarikat ini.. aku tahu mereka berat utk melakukan itu.. tetapi mereka tiada pilihan.. mereka punya anak2 dan keluarga untuk diberi makan.. mereka punyai hutang kereta dan rumah yang perlu dibayar.. tetapi aku hairan.. setelah segala perit getir dan susah payah mereka menaikkan syarikat, nasib mereka seolah2 tidak dibela.. mereka perlu sendiri mengorak langkah.. majikan??? apa mereka peduli.. memetik kata-kata orang lama2.. 'habis madu sepah dibuang'... aku takut.. sangat takut.. jika semua ini terjadi kepada diriku.. berbaloikah kesetiaan yang aku curahkan kini?.. atau adakah nasibku akan sama seperti En. Azhar... Kak Ita.. Abg Aboi dan lain2.. walau kini aku ikhlas.. tetapi aku risau jika suatu hari aku sndiri meragui keikhlasanku.. manakan tidak.. saban hari kerja semakin bertambah.. beban semakin menghimpit.. pernah suatu hari aku pengsan disebabkan tekanan darahku yang naik mendadak.. menjadi bukti kepada bebanan yang kuterima.. sehinggakan hampir semua kerja aku lakukan sendirian sampai seringkali aku keliru yang mana satu untuk yang itu dan yang mana satu untuk yang ini.. sedangkan imbuhan yang kuterima tetap di takuk itu.. aku harap semua ini sementara.. yang aku nantikan setiap hari ialah seseorang yang boleh menjadi pembantu.. supaya dapatku ringankan sedikit bebanan dan menghuraikan segala kekusutan.. juga supaya dapatku terus SETIA.. semoga Allah mempermudahkan urusan aku.. hanya kepada Allah sahaja yang mampu ku berdoa.. amin.. amin.. amin...