catatan biasa-biasa jerrrr..

betapa peliknya kehidupan ini.. kadangkala tak tergambar dek mata.. segalanya juga kadangkala tak terduga.. seringkali tertanya-tanya.. kenapa ia terjadi begini dan tidak pula begitu.. ada juga yang melatah itu dan ini.. sehinggakan ada yang bertindak tanpa berlandaskan hukum hakam iman dan takwa.. bercakap ( atau menulis ) memang mudah.. tetapi ia lebih mulia dari yang bercakap ( atau menulis ) pun ia tak mampu.. cita-cita menggambarkan hala tuju.. usaha pula memberitahu kita samada mampu atau tidak untuk kita gapai cita-cita.. untuk kita sampai atau tidak ke destinasi.. sebagaimana jalanraya.. begitu jualah kehidupan.. kadangkala lurus.. membelok ke kiri dan ke kanan.. berhenti sebentar di persimpangan.. suatu ketika perlu pula mengundur ke belakang.. sudah pasti juga singgah di R&R untuk menghela nafas dan duduk untuk merancang perjalanan seterusnya..

di mana pulak letak yang peliknya? pada aku.. pelik ada di merata-rata tempat.. jikalau tidak masakan kita sentiasa bertanya.. bila pula masanya kita bertanya??? mungkin kita tidak bertanya.. tapi mengapa pula jawapan ada di merata-rata.. bukankah semua jawapan itu berasal dari pertanyaan??? PAPAN TANDA!!!.. tidak akan berdirinya papan tanda di merata-rata tempat sekiranya tidak wujud pertanyaan.. wujudnya pertanyaan adalah berasal dari rasa ingin tahu.. rasa ingin tahu pula lahir dari kepelikan tentang sesuatu.. pelik kan??

dalam kehidupan ini jika ada yang perasan.. kita hanya perlukan 2 perkara.. yang pertama keperluan ( termasuk makan minum agama sahabat keluarga dll ) dan yang kedua ialah kehendak ( iaitu kemewahan pangkat kemashyuran dll )... selebihnya kita 'menunggu'.. mahu atau tidak setiap masa kita perlu menunggu.. ada yang perlu tunggu lama dan ada juga yang perlu tunggu sekejap.. tetapi macamanapun kita tetap perlu menunggu..

setakat nih jek la yang aku nak tulis.. sejuk benar sekarang ni.. tiap-tiap hari pun hujan.. sampai sayang aku buntu mcmana nak keringkan baju.. hehehe.. matahari tak muncul-muncul katanya.. cadangan aku seterika jek semua baju yang basah tuh.. gelak die.. puteri comey kesayangan kami semakin lama semakin comey.. telatahnya cukup menghiburkan hati.. cuma kadangakala menurut sayang, aku terlalu manjakan die.. tak mengapalah.. memang die berhak ke atas kemanjaan itu.. cuma aku harap supaya Allah berikan aku kekuatan dan kemampuan untuk mendidiknya..

0 Response to "catatan biasa-biasa jerrrr.."