kesetiaan..

bicara tentang setia dan kesetiaan biasanya ia merujuk kepada hubungan antara 2 insan atau sepasang kekasih atau seorg anak kepada ibu bapanya atau isteri kepada suaminya atau bermacam2 lagi.. cuma kali ini aku cuba untuk menghuraikan aspek kesetiaan antara seorang pekerja dengan majikan atau syarikat tempat ia bekerja. kebelakangn ni banyak aku dengar pekerja yang berhenti kerja. banyak corak dan patennya. ada yang diberhentikan.. ada juga yang sengaja berhenti kerja. yang diberhentikan pula wujud dalam beberapa sebab dan alasan. ada diantaranya diberhentikan atas sebab2 kegagalan dalam mematuhi etika bekerja dan ada pula yang diberhentikan atas sebab ketidakupayaan syarikat untuk meneruskan operasinya. ia adalah fenomena biasa yang sedang melanda seantero dunia di kala ini dimana seseorang itu terpaksa diberhentikan.
berbalik kepada istilah kesetiaan yang ingin dibincangkan. merujuk kepada tempat aku bekerja. suatu ketika kira2 5-10 tahun yang lalu syarikat tempat aku bekerja skarang adalah merupakan syarikat yang boleh dikatakan gagah perkasa. kemewahan dapat dikecapi di semua peringkat. pihak pengurusan ( bos bos ) mewah dengan kepelbagaian elaun.. manakala di peringkat bawahan atau operator biasa tersenyum lebar setiap hujung bulan apabila slip gaji diwarnai dengan pembayaran amaun kerja lebih masa. setiap tahun tangga gaji basic pasti berganjak naik. tiada risau untuk renew road tax setiap tahun kerana paling kurang pun bonus 2 bulan gaji gerenti dibayar. jamuan berbuka puasa.. jamuan hari raya.. 'family day'.. menggamit kenangan yang xdapat dilupakan.. hubungan antara semua erat bagaikan famili. di kala itu tak tergambar peritnya jika salah seorg dari kami semua tiada. tak kurang yang beranggapan di sini lah tempatku. rezeki ku di sini. aku akan bersama selamanya dengan syarikat ini. sumpah setiaku dengan syarikat ini. tiada seorg pun rasa diri terabai. kerja hingga 15 jam sehari pun xmengapa. demi syarikat yang tercinta. aku akan setia di sini.
TETAPI KINI..... seorg demi seorg pergi.. pergi meninggalkan untuk mendapatkan.. ada yang menggambarkan.. mereka tidak setia.. kesetiaan pada mereka tiada.. mereka bagai lupa daratan.. kacang lupakan kulit.. hahahaha.. bagi aku itu adalah anggapan org atas.. berhentinya seorg pekerja adalah merupakan suatu rahmat bagi mereka.. tiada lagi perlu untuk dibayar gaji.. jika masih di sini pun ia bagai menjerut leher sendiri.. gaji yang lewat usahlah dikira.. OT yang dipotong.. elaun yang dimansuhkan.. pembayaran petrol yang sewenang-wenangnya juga dipotong.. mahukan kami bekerja.. tetapi kenapa kami tidak dibayar.. sebab itulah mereka pergi.. wahai majikan.. setelah puas kau perah kami hinggakan menjalar 3 4 bijik kereta mewah di garajmu sedang kami masih dengan iswara buruk.. wira second hand dan motor kriss yang tayarnya botak.. wahai majikan.. bila kami pergi.. kau kata kami tidak setia.. aku sedih bile melihat abg2 dan kakak2 yang super duper senior pergi meninggalkan syarikat ini.. aku tahu mereka berat utk melakukan itu.. tetapi mereka tiada pilihan.. mereka punya anak2 dan keluarga untuk diberi makan.. mereka punyai hutang kereta dan rumah yang perlu dibayar.. tetapi aku hairan.. setelah segala perit getir dan susah payah mereka menaikkan syarikat, nasib mereka seolah2 tidak dibela.. mereka perlu sendiri mengorak langkah.. majikan??? apa mereka peduli.. memetik kata-kata orang lama2.. 'habis madu sepah dibuang'... aku takut.. sangat takut.. jika semua ini terjadi kepada diriku.. berbaloikah kesetiaan yang aku curahkan kini?.. atau adakah nasibku akan sama seperti En. Azhar... Kak Ita.. Abg Aboi dan lain2.. walau kini aku ikhlas.. tetapi aku risau jika suatu hari aku sndiri meragui keikhlasanku.. manakan tidak.. saban hari kerja semakin bertambah.. beban semakin menghimpit.. pernah suatu hari aku pengsan disebabkan tekanan darahku yang naik mendadak.. menjadi bukti kepada bebanan yang kuterima.. sehinggakan hampir semua kerja aku lakukan sendirian sampai seringkali aku keliru yang mana satu untuk yang itu dan yang mana satu untuk yang ini.. sedangkan imbuhan yang kuterima tetap di takuk itu.. aku harap semua ini sementara.. yang aku nantikan setiap hari ialah seseorang yang boleh menjadi pembantu.. supaya dapatku ringankan sedikit bebanan dan menghuraikan segala kekusutan.. juga supaya dapatku terus SETIA.. semoga Allah mempermudahkan urusan aku.. hanya kepada Allah sahaja yang mampu ku berdoa.. amin.. amin.. amin...

0 Response to "kesetiaan.."