curahan perasaan aku kepada KETUA2 PEMUDA cawangan yang kini berada di KL untuk bersidang..

kesal dengan segelintir perwakilan (kebanyakannya PEMUDA) yang hadir bermotifkan 'enjoy the moment, bukannya selalu'.. masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. siang dengar amanat.. malam pula mengunjungi disco.. mabuk.. peluk GRO.. lupa anak bini.. tak ingat kampung halaman.. jadi lahanat.. taubat la bro.. jgn leka.. kita takkan selalunya di atas.. kalau jatuh perlahan2 takpe.. buatnyer tersungkur.. tak semua.. tapi yang segelintir nih lah menjadi punca pd segalanya.. ingat yer bro.. kita semua pemegang amanah.. amanat yang diterima adalah untuk disampaikan bila pulang nanti.. gunakanlah pangkat dan kuasa yang diberi untuk membela nasib mereka yang tak terbela bukannya sebagai password untuk memuaskan nafsu serakah diri sendiri.. ingatlah susah payah perit getir org2 terdahulu untuk mndapatkan keharmonian yang kita kecapi kini.. kita dilahirkan dan dibelai penuh manja.. sampai kini pun kita masih manja.. jika tidak masakan kita lupa.. jika ada yang masih ingat.. tepuklah bahu mereka yang lupa.. supaya mereka ingat kembali apa yang ada kini bukanlah sesuatu yang abadi.. bila2 masa pun ia boleh melayang.. jangan lah sampai perlu mengemis di tanah air sendiri.. jika suatu hari Melayu hanya tinggal nama.. tangis air mata darah sekalipun sudah tidak memberi apa2 makna.. maafkan aku.. bukan mndabik dada menunjuk perkasa.. sekadar ingat mengingati kepada yang lupa.. wallahualam..

kesetiaan..

bicara tentang setia dan kesetiaan biasanya ia merujuk kepada hubungan antara 2 insan atau sepasang kekasih atau seorg anak kepada ibu bapanya atau isteri kepada suaminya atau bermacam2 lagi.. cuma kali ini aku cuba untuk menghuraikan aspek kesetiaan antara seorang pekerja dengan majikan atau syarikat tempat ia bekerja. kebelakangn ni banyak aku dengar pekerja yang berhenti kerja. banyak corak dan patennya. ada yang diberhentikan.. ada juga yang sengaja berhenti kerja. yang diberhentikan pula wujud dalam beberapa sebab dan alasan. ada diantaranya diberhentikan atas sebab2 kegagalan dalam mematuhi etika bekerja dan ada pula yang diberhentikan atas sebab ketidakupayaan syarikat untuk meneruskan operasinya. ia adalah fenomena biasa yang sedang melanda seantero dunia di kala ini dimana seseorang itu terpaksa diberhentikan.
berbalik kepada istilah kesetiaan yang ingin dibincangkan. merujuk kepada tempat aku bekerja. suatu ketika kira2 5-10 tahun yang lalu syarikat tempat aku bekerja skarang adalah merupakan syarikat yang boleh dikatakan gagah perkasa. kemewahan dapat dikecapi di semua peringkat. pihak pengurusan ( bos bos ) mewah dengan kepelbagaian elaun.. manakala di peringkat bawahan atau operator biasa tersenyum lebar setiap hujung bulan apabila slip gaji diwarnai dengan pembayaran amaun kerja lebih masa. setiap tahun tangga gaji basic pasti berganjak naik. tiada risau untuk renew road tax setiap tahun kerana paling kurang pun bonus 2 bulan gaji gerenti dibayar. jamuan berbuka puasa.. jamuan hari raya.. 'family day'.. menggamit kenangan yang xdapat dilupakan.. hubungan antara semua erat bagaikan famili. di kala itu tak tergambar peritnya jika salah seorg dari kami semua tiada. tak kurang yang beranggapan di sini lah tempatku. rezeki ku di sini. aku akan bersama selamanya dengan syarikat ini. sumpah setiaku dengan syarikat ini. tiada seorg pun rasa diri terabai. kerja hingga 15 jam sehari pun xmengapa. demi syarikat yang tercinta. aku akan setia di sini.
TETAPI KINI..... seorg demi seorg pergi.. pergi meninggalkan untuk mendapatkan.. ada yang menggambarkan.. mereka tidak setia.. kesetiaan pada mereka tiada.. mereka bagai lupa daratan.. kacang lupakan kulit.. hahahaha.. bagi aku itu adalah anggapan org atas.. berhentinya seorg pekerja adalah merupakan suatu rahmat bagi mereka.. tiada lagi perlu untuk dibayar gaji.. jika masih di sini pun ia bagai menjerut leher sendiri.. gaji yang lewat usahlah dikira.. OT yang dipotong.. elaun yang dimansuhkan.. pembayaran petrol yang sewenang-wenangnya juga dipotong.. mahukan kami bekerja.. tetapi kenapa kami tidak dibayar.. sebab itulah mereka pergi.. wahai majikan.. setelah puas kau perah kami hinggakan menjalar 3 4 bijik kereta mewah di garajmu sedang kami masih dengan iswara buruk.. wira second hand dan motor kriss yang tayarnya botak.. wahai majikan.. bila kami pergi.. kau kata kami tidak setia.. aku sedih bile melihat abg2 dan kakak2 yang super duper senior pergi meninggalkan syarikat ini.. aku tahu mereka berat utk melakukan itu.. tetapi mereka tiada pilihan.. mereka punya anak2 dan keluarga untuk diberi makan.. mereka punyai hutang kereta dan rumah yang perlu dibayar.. tetapi aku hairan.. setelah segala perit getir dan susah payah mereka menaikkan syarikat, nasib mereka seolah2 tidak dibela.. mereka perlu sendiri mengorak langkah.. majikan??? apa mereka peduli.. memetik kata-kata orang lama2.. 'habis madu sepah dibuang'... aku takut.. sangat takut.. jika semua ini terjadi kepada diriku.. berbaloikah kesetiaan yang aku curahkan kini?.. atau adakah nasibku akan sama seperti En. Azhar... Kak Ita.. Abg Aboi dan lain2.. walau kini aku ikhlas.. tetapi aku risau jika suatu hari aku sndiri meragui keikhlasanku.. manakan tidak.. saban hari kerja semakin bertambah.. beban semakin menghimpit.. pernah suatu hari aku pengsan disebabkan tekanan darahku yang naik mendadak.. menjadi bukti kepada bebanan yang kuterima.. sehinggakan hampir semua kerja aku lakukan sendirian sampai seringkali aku keliru yang mana satu untuk yang itu dan yang mana satu untuk yang ini.. sedangkan imbuhan yang kuterima tetap di takuk itu.. aku harap semua ini sementara.. yang aku nantikan setiap hari ialah seseorang yang boleh menjadi pembantu.. supaya dapatku ringankan sedikit bebanan dan menghuraikan segala kekusutan.. juga supaya dapatku terus SETIA.. semoga Allah mempermudahkan urusan aku.. hanya kepada Allah sahaja yang mampu ku berdoa.. amin.. amin.. amin...

kesihatan ku...

semalam kesihatan aku terganggu lgik.. darah tinggi pula untk kali nih.. isyarat dr allah.. aku pgsan.. alhamdulillah allah sedarkan aku semula.. sesungguhnya tiada lagik bekalan untuk aku bawa 'kesana'.. syukur allah bg lagi peluang kepada aku untuk cuba mncari bekalan.. walau xckup sekurang2nya ada sedikit.. cuma aku kena sedar yg bila2 sahaja kaki ini akan melangkah ke alam yg satu lagi.. apa yg perlu aku buat? berubah.. solat.. puasa.. zakat.. semua tuh wajib.. setinggi kesyukuran kepada allah kerana telah melahirkan aku dalam islam.. terima kasiih kepada kedua ibu bapaku yg telah mndidik aku tentang islam.. kini hanya aku sahaja yg mampu untuk mngekalkan diri ini dalam ajaran islam.. doa dan usaha.. aku perlu bangun.. tunaikan segalanya tanpa ada bocor walau satu rakaat.. allah.. bantulah diriku ini.. aku lemah.. berikanlah kekuatan kepadaku untuk mengekalkan semangat ini.. bantulah diri ini ya allah..

PERSONA 1.6 SPECIAL EDITION

petang tadi aku dah submit dokumen untuk beli kereta.. kali ni aku bebetul nekad.. aku akan usaha sampai dapat.. xde masa untuk aku tangguhkan lagi.. 2 minggu dr hari ni jika ada rezeki dr allah dapatlah aku memegang stereng PROTON PERSONA.. hanya sayang saja yg tahu psal nih.. aku xmau sesiapa pun tahu.. klau dah dpt kreta pun aku nk semua tahu yg kreta tuh aku pinjam.. oh yer ada sorg lg yg tahu.. emakku.. untuk aku dapatkan doa restu apapun perkara aku mesti bgtau kepada org yg telah hampir mati untuk mmbawa aku ke dunia ini.. mak doakan ija berjaya yer.. untuk isteriku yg tercinta dan anakku yg tersayang.. doakan permohonan babah berjaya yer.. selesa ckit utk kita kememana..bukan kata kenari tuh xselesa.. cuma kita perlukan ruang yang lebih untuk memuatkan barang2 kita yang semakin hari semakin bertambah.. walau ada sesuatu yg berbuku dan berbekas di hati ini aku anggap ianya sebagai mimpi ngeri yg aku harap mimpi itu xberulang lagik.. ya Allah ya tuhanku.. ampunkan segala dosaku.. kau bukalah pintu hati mereka untuk menghormati diriku ini sebagaimana yg sepatutnya.. aku sudah takut untuk berkata apa2 lagi.. hanya kepadamu mampu kupohon ya Allah.. aku akan terus berdiam diri.. biarlah ia terus berada di dalam.. kerana aku terlalu menyayangi semuanya ya Allah.. ampunkan dosaku ya Allah.. ampunkan dosa kedua org tuaku ya Allah.. ampunkan dosa kedua mertuaku ya Allah.. dan tolonglah ampunkan jua dosa isteriku yang tercinta.. aku sangat2 mencintainya ya allah.. peliharalah hubungan kami ini ya allah.. berikanlah kesihatan kepada puteri kami irene delisha.. ................. ................. .. .. .. ............
arini mommy shasha abih keja kul 1 pagi.. kul 10 lbih jap2 lgik break time.. gi amik sayang jap lgik blik rehat n minum.. oh yer esok aku kena submit satu lagik dokumen untuk permohonan loan PERSONA aku.. En Zul mintak salinan Ijazah/Diploma sebagai supporting dokumen.. harap2 berjaya... cukuplah untuk kali nih.. lain2 kali sambung lagik..

syawal.. selamat hari raya 2009..

lama benar dah tak menulis kat sini.. sampai lupa la password tadi.. xpe.. lupa lupa ingat.. arini dah masuk 9 syawal.. last sekali aku tulis kat sini aku rase masa kat umah lama lagik.. nih dah pindah umah.. raya tahun nih biasa2 jek.. pagi raye kt melaka.. cuma yang wat spoilt raye tahun nih aku diserang sakit gigi yang teramat sangat sakitnya.. start dari malam raye pertama sampai la ke raya keempat aku xjamah makanan.. sakit woooo.. Allah bayar cash kat aku bahana ponteng puasa 3 hari dalam bulan puasa.. bareu padan ngn muka aku.. macam2 segala pain killer aku telan semua xjalan.. ponstan.. mefenamic acid.. synflex.. panadol.. semua xjalan.. smpai merapu la aku dek kerana overdose pain killer.. masuk raye ke empat semua reda.. xde sakit dah.. so bedal laaaaa.. lapar sangat.. kesian anak dan isteri aku.. yelah.. mana tak kesian.. babah tak ceria di hari raye.. nak ceria mcmana.. sakit gigi.. raye keempat mommy kena masuk keja satu hari.. so 24 ngn 25 tuh kitorg kat s.alam.. yg best nyer on that 25th mak tam sekeluarga ngn atok datang umah aku.. paktam nak gi melawat makam mak die kat klang.. seronok gak aku bile tetamu datang umah.. allah janjikan rezeki bagi setiap tetamu yang datang umah.. alhamdulillah.. petang 25 tuh balik semula ke klawang.. agenda berjalan melawat sedara mara plak.. tak gi mana pun.. umah wan induk aku ngn umah mertua angah.. on 26th plak menyibukkan diri ke umah terbuka rais yatim.. punyalah ramai.. malamnya aku bawak shasha ngn mommy gi jenguk jek.. tak turun kreta pun.. ramai sangat orang.. malas aku bersesak2 camtuh.. shasha.. raye nih nak tgok si comey tuh berjalan xgak kesampaian.. tapi memacam persembahan die buat.. petah mulutnya gamat suasana.. comey sangat.. kebijaksanaannya semakin menjadi2.. terjerit2.. no no no no.. one two three.. tom tom bak.. shasha shasha.. semaklin hari semakin comey.. telatah semakin menjadi2.. lasaknya tak terkata.. dvd umah nenek.. susunan buku2 umah wan.. menjadi sasaran si comey.. mengemas lah kunun.. shasha oh shasha.. suka sangat kat baby abiatul.. lembut jek tangannya mengusap baby abiatul.. bangga babah ngn mommy tgok shasha yang sgt penyayang.. syukur kepada Allah.. atas kurniaanmu ya Allah.. harini.. shasha katr umah kak linda.. mommy keja.. babah tersekat tak dapat masuk opis.. kunci opis ilang ntah kemana.. nyampah tul.. so duk jek la kat umah.. jap gi uncle putek nak dtg.. wa nak bwak die gi crik keja.. sampai sini jek la..