prcubaan aku untuk tido malam nih nampaknya kurang berjaya.. pakai suar trun kedai mamak beli rokok skotak naik umah bukak tv tgok raja lawak lama..sesambil tuh aku teringat keja bodoh org yang tak berani idup ( kata lain bagi org yang berani mati )... sanggup duk pi letupkan badan untuk letupkan badan org lain.. apa nak jdik la agaknya.. tak pepasal peminat manchester utd indon xdapat tgok perwira2 diorg beraksi.. simpati gak kat keluarga mangsa.. kesian kesian.. tapi yang si tak berani idup tuh aku pelik apa yang ada dlm benak pikiran diorg tuh.. apa jenis perjuangan yang cuba diperjuangkan.. aku nih walaupun ilmu tak seberapa pun aku tau keja diorg tuh mmg terkutuk.. bodoh.. ntah apa suara yang berjaya mmpengaruhi diorg utk tegar meninggalkan kehidupan yang serba singkat nih atas tujuan 'perjuangan' pelik.. harap jgn la ada keluarga atau teman terdekat terjebak dalam perjuangan yang sebegitu jenisnya.. idup nih dah la sekejap.. xsabar2 plak nak mati.. kalau pahala dah kompom berlambak2 takpe.. bile la mata nih nak ngntok.. time sepatutnya tido die beriya2 plak nak terjegil.. time sepatutnya terjegil bukan main lagik nak terlelap.. sok ahad.. apa nak buat agaknya.. yang pasti melayan si shasha puteri comey aku sorg tuh.. semakin hari semakin comey.. terima kasih ya Allah kerana mengurniakan seorg anak yang setiap hari membuat aku semakin bersemangat.. untuk sayangku juga terima kasih kerana telah melahirkan shasha kita.. betapa perit pengorbanan.. besar betul hikmahnya dapat bersama hadir dalam labor room arituh.. pengalaman yang xmungkin dapat aku lupakan.. susah wooooo nak bersalin... besar juga pengorbanan emak aku semasa melahirkan aku.. terima kasih mak.. ok la.. aku ingat nak cuba duk pi tido balik la.. so esok xde la ngntok nak jaga shasha.. mommy shasha keja.. good luck untuk aku semoga berjaya untuk tido.. sebelum tuh aku ingat nak mamam ckit la.. apam balik beli kat pasar malam tadi ada sepotong lagik rasenye.. chiowwwwwwwwww.. opssss sebelum tuh untuk ingatan aku game petang tadik MANCHESTER UTD VS MALAYSIA... seperti yang dijangka MU menang 3-0...
0 Response to "xleh tido.."
Post a Comment